Bilik Khas

Bilik Munsyi


Bilik Munsyi merupakan bilik bacaan yang memuatkan buku-buku mengikut Sistem Perpuluhan Dewey. Di ruang ini juga terdapat Sudut Karya Agung, Ensaiklopedia dan Sudut Solar. Selain itu, guru-guru juga dapat melaksanakan P&P di sini menggunakan kemudahan alat bantu mengajar seperti komputer riba, LCD dan skrin.
_________________________________________________________________



Bilik Zaaba 



Bilik Zaaba merupakan ruang utama Pusat Sumber Al-Hikmah. Ruang ini menempatkan buku-buku rujukan PMR dan SPM. Selain itu, terdapat juga rak majalah, rak Jom Melancong dan rak Rujukan Guru. Sebuah TV diletakkan di Ruang Rehat Guru, serta satu sudut pancuran untuk merehatkan minda. Sudut Pameran bertujuan untuk memberi info bulanan khas kepada pengunjung-pengunjung Pusat Sumber.
_________________________________________________________________


Serambi Bacaan Santai



Serambi Bacaan Santai merupakan ruang berkonsepkan menimba ilmu sambil bersantai. Ruang ini menempatkan buku-buku fiksyen Melayu dan Inggeris. Di samping itu, murid-murid dapat melayari internet dan menggunakan CDRI di Sudut SAL. Sudut Warisan pula mempamerkan hasil karya seni tradisional Melayu. Di samping itu, terdapat juga hasil kerja tangan murid-murid yang dipamerkan di sini.
_________________________________________________________________


Bilik Tayang



Antara perkhidmatan yang diberikan di Bilik Tayang adalah tayangan ASTRO, TV Pendidikan, EduWebTV, VCD dan Video Kaset. Selain itu, guru-guru dapat menggunakan komputer dan LCD bagi tujuan P&P yang berkesan. Selain itu, mesyuarat guru juga boleh dilaksanakan di sini dengan selesa.