Nama Pusat Sumber Al-Hikmah
Pusat Sumber Al-Hikmah telah diberi namanya oleh Tuan Pengetua SMK Seri Mahkota yang ke-15 iaitu Pn Hjh Maimun bt Suboh pada 21 April 2005. Al-Hikmah membawa maksud kebijaksanaan dan kecerdikan.
Logo
Logo Pusat Sumber mempunyai gabungan empat warna dan maksud tersendiri.
Huruf 'Alif' dan 'Kha' merupakan pangkal huruf perkataan 'Al-Hikmah'.
Warna Hijau yang membentuknya melambangkan keteguhan Agama Islam.
Simbol buku yang berwarna kuning membawa maksud Pusat Sumber yang merupakan nadi ilmu sekolah, dan menyebarkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pendidikan.
Bentuk gear melambangkan teknologi, di mana Pusat Sumber menganjurkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai media terutama media elektronik. Warna merah yang membentuknya melambangkan keberanian.
Warna biru yang membentuk tulisan PSS membawa maksud perpaduan antara warga Pusat Sumber Al-Hikmah dalam memartabatkannya agar sentiasa menjadi Pusat Sumber yang cemerlang.
Matlamat
Pusat Sumber Al-Hikmah bermatlamat sebagai sebuah pusat pengumpulan bahan dan juga sebagai pusat rujukan bagi murid, guru dan penagih ilmu. PSS lebih menitikberatkan penggunaan pelbagai jenis media terutama yang berkonsepkan teknologi maklumat bagi membantu dalam proses P&P supaya lebih menarik dan berkesan. Ini selaras dengan matlamat sekolah ini dalam konteks merealitikan hasrat memartabatkannya sebagai sebuah institusi pendidikan yang berkualiti bertaraf 5 bintang dan berdaya maju di samping melahirkan murid yang bestari.
Objektif
- Memperoleh, menghasil, mengumpul, mengedar dan menggunakan bahan/alat bantu mengajar bagi mempertingkatkan kualiti P&P.
- Menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan teknik penggunaan pelbagai media terutama media elektronik.
- Bertindak sebagai nadi bagi menggerakkan kelancaran bidang Kurikulum serta KoKurikulum.
- Menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan penggunaan bahan media cetak dan media bukan cetak supaya tidak bergantung hanya kepada kaedah tradisional iaitu bersandarkan buku teks semata-mata.
- Menyebarkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pendidikan.
- Melatih murid mengamalkan pendekatan "inkuiri penemuan" dalam pembelajaran di mana akhirnya murid akan dapat mengesan maklumat dengan sendirinya di PSS.
- Melatih murid menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
Visi
Melahirkan insan yang beinformasi, bestari dan berkualiti.
Misi
- Melengkapkan Pusat Sumber Al-Hikmah dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi.
- Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti.
- Mengintegrasi P&P dengan media berteknologi tinggi yang terkini.